Tuesday, November 19

Terkenang dan Mengenang.


"Dinginnnya di malam ini.. suasana pilu ~
Terkenang daku kembali.. sejarah silam ~"

Sesiapa yang tahu, ini adalah lirik lagu May - Sendiri. 
Apa yg aku rasa sebijik macam lirik ni. Sejuk, terkenang dan mengenang. 
Baru beberapa jam lepas, muka aku basah dgn air mata. Sebabnya, aku sendiri pun tak pasti. 
Cuma dalam kepala otak aku masa tu cuma ade mak. 

Aku rasa aku ada masalah emosi. Aku selalu mood swing macam ni. Bila jadi mcm ni, aku akan elakkan diri dari berkomunikasi dengan sesiapa supaya aku dapat minimize kan kemungkinan utk menyakiti hati org lain. 
Kalau ikutkan sebenarnya ada ramai orang yang amik berat pasal aku. Tapi selalu sgt, aku rasa alone. 

Agaknya Allah datangkan perasaan macam ni supaya aku ingatkan Dia. Tak takbur, riak dengan apa yang ada. Aku bersyukur bila Allah datangkan susah kat aku, sebab Dia sayangkan aku. Allah nak aku mengingati-Nya. Tapi sampai bila aku nak bergantung dengan kesusahan untuk mengingati-Nya? Mungkin satu tahap bila Allah limpahkan dengan rezeki melimpah, aku dah tak sedar diri masa tu. Mintak jauh lah. 


Macam sekarang ni aku dok fefeling buat Report. Tapi memang slow bila refer journal, susah nak masuk ayat-ayat high language. Nak summarize satu perenggan amik masa berjam. Memang otak aku tak bole fokus rasanya. 


Aku selalu je teringat kenangan bodoh sejak akhir ni. Ntah kenapa la kan, aku pun tak faham. Susah ke nak lupakan? Susah ke nak bahagia? Kenapa susah sangat nak move on? Kita yang buat dia susah tapi sebenarnye memori yang buat dia makin tak nak blah. Kalau ade memory eraser, aku dah guna. Certain memori aku nak delete permanently. 

Bila aku dah menaip ni, memang aku tahap bosan lah. Aku off handphone. Aku rasa nak alone. Aku akan rasa sedih kalau alone tapi aku nak jugak rase menyendiri. Kenapalah susah sangat aku ni kan. Ayat org loser memang mcm ni lah. Macam berbelit. Tapi tak pe lah bukan ade siapa nak baca pun. 

So, ape ape je lah ngan diri aku nie. Nanti maybe mood aku ok smule. As usual. :) 

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa